Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Followers

Saturday 18 June 2011

Majlis Perpisahan Ustaz Rizal, Ustaz Wan & Akma Di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor

Sebelum aku bertukar ke Putrajaya, aku still lagi berada di Johor Bahru...majlis ni dibuat sbb kembar aku dulu yg dapat tukar....yela kalau tukar suka sama suka memang la cepat...aku ni tukar x de pengganti....


Gambar-gambar ni sebelum majlis bermula


Akma & Puan Doty


Me & Puan Doty


Yang ni Fairus......dia memang kusyuk bebenor untuk menyiapkan slide utk majlis tu....memang dah tak toleh kiri kanan lagi....hehehehe


Ini la sebahagian staf JBG Johor


Yang ni baru ada muka pengarah aku....masa ni ustaz aku ada ckp sesuatu...tapi kami tahan gelak sbb tgh tangkap gambar...lepas tu jer baru kita org ketawa...hehehehe...


Muka-muka yang banyak menolong orang......tapi ada juga sesetengah client yang x memahami.....


Muka-muka yang suka bergambar.....Selepas kembar aku bertukar...akhirnya aku pun dapat tukar.....

Thursday 16 June 2011

I-CITY SHAH ALAM

Ari tu aku ada pegi jalan-jalan kat Shah Alam....Aku singgah la kat I-CITY....kat sana yang istimewanya hanya lampu sajer.....x de yg menarik sangat la....




Ni la salah satunya...cantik memang la cantik....lampu warna-warni katakan.....



Aku gi sana bertiga jer.... ni adik aku yg bongsu..dia yg beria2 ajak aku dengan hubby gi sana so ikutkan je la....



Dua budak gemuk...hehehehe...Aku gi sana pun sekejap jer pasal x de yang menarik sgt....pusing sekali pas tu balik....

Wednesday 15 June 2011

Today......

Hari ni aku ada temujanji dengan doktor kat klinik ibu dan anak seri kembangan. Hari ni gak aku kena amik darah pastu minum air gula........
Mula-mula tu sedap la tapi lama-lama aku dah mula rasa nak muntah...so tahan je la....
Nurse suruh aku pegi jumpa doktor dulu untuk scan.....sementara nak tunggu 2 jam lg untuk amik darah......
Masa scan tu aku nampak baby aku tengah bergerak-gerak...yang tak tahan tu siap boleh menggeliat lg...buat aku geli hati jer....
Kali ni HB aku ada turun skit...aku dah start risau...aku harap bulan depan ok la balik......
Lepas scan aku diminta untuk buat rawatan pergigian so kena la pegi.... takut-takut nanti masa nak bersalin aku sakit gigi plak....
Doktor gigi minta aku datang lagi pada 19/7/2011 dia kata ada masalah dengan gigi aku..so aku turut saja la.... Hubby aku tetap setia menunggu aku dari pukul 7.30 pagi sampai 12.30 tengahari....
Sayang hubby aku kat aku...hehehehe....lepas habis jumpa doktor gigi aku gi la temankan hubby aku makan..sian dia sbb kena tahan lapar sbb aku...yela aku kan kena puasa...takkan la dia pun nak kena puasa skali......
Lepas dia makan aku terus amik darah skali lagi...kali ni nak tengok sama ada aku ni ada kencing manis ke tak....so keputusannya bulan depan...
Tak sabar aku nak tunggu minggi depan...aku harap aku tak de kencing manis....Wassalam....





Monday 13 June 2011

Genting 2011.......

Seronok betul masa ni..... dapat jalan-jalan dengan orang tersayang.....
Masa ni hubby aku janji nak bawa jalan so dia pun tunaikan janji dia.....


Gambar ni kat dalam cabel car.....nampak senyum jer tapi hati dah kecut masa tu...hehehehe....






Cantik pemandangan tu semua...tapi apakan daya tak dapat main pun semua tu.....sbb tak sht...huhuhuhu....




Ni gambar terakhir....kami dah nak balik....datang sana sekejap jer pasal aku tak larat nak berjalan...tapi hubby aku tak puas jalan...klu boleh dia nak main semua tu....aku cakap lain kali je la....aku dah mengantuk so nak balik....

Saturday 11 June 2011

Balik Kampung......

Pagi-pagi aku dah bersiap nak balik kampung....seronok sangat....pasal dah lama tak balik.....
Yang tak seronoknya biler lepas nilai jer jalan dah sesak......mula-mula aku fikir ada excident memang teruk sampai seremban...tapi rupa-rupanya polis tahan beberapa motor...itu pun sibuk semua nak tengok....
Kalau semalam lain la....aku dengar ada lori terbalik.....sepatutnya aku dah balik kampung malam semalam tapi disebabkan ada lori treler terbalik aku tak jadi balik........
Orang kata ayer keroh paling teruk sesaknya.....sampai tol ayer keroh terpaksa ditutup kerana kesesakan yang luar biasa....tutup macam mana tu aku tak tau la....
Aku sampai kampung dalam pukul 11.30 pagi....penat sangat....tapi biler dapat jumpa anak buah aku.....hilang penat.....rindu sangat kat dia.....ye la nak tunggu anak sendiri hujung bulan 12 insyaallah aku akan bersalin......
Esok pagi dah nak kena balik...aduhai... penatnya.....
Nak wat macam mana isnin dah kerja......kalau suri rumah sepenuh masa tak pe gak....
Oklah lain kali sambung lagi.....masa untuk tidur.......

Friday 10 June 2011

Majlis Perkahwinan ku Pada 02/7/2010 - 03/7/2010

Masa ni aku baru lepas bersiap tunggu untuk jadi isteri orang jer....kat sebelah tu kembar aku...masa ni dia tembam skit pasal baru dapat baby...

Ni kawan-kawan aku yang sudi menemani aku masa aku tengah mengeletar ni....hehehhe....





Aku bersanding pada 03 Julai 2010. Pada masa ni kelam kabut skit sebab mak andam datang lambat so majlis pun mula lambat.....Aku pada masa tu rasa nak marah jer tapi nasib baik sedara mara sejukkan aku....

Gambar ni sepatutnya ditangkap masa malam berinai tetapi disebabkan dah terlalu lewat kami tangkap sebelum majlis sanding lagi...so ramai la yang dah dapat tengok pengantin lelaki....huhuhu.....kalau tak silap aku la ada 5 persalinan untuk malam berinai....gambar ni ditangkap dalam bilik jer sbb terlalu seksi....hehehe..

Yang ni persalinan kedua...gambar ni baru btul nampak raja sehari....agaknya kot.....gambar ni ditangkap selepas kami nikah....

Ini persalinan ketiga...pakaian jawa...aku pilih baju ni sebab aku ni keturunan jawa...so aku nak sangat pakai baju ni...adam masa ni terpaksa la ikut kehendak aku..hehehehe.....

Yang ni persalinan keempat....ala-ala pertugal gitu.....

Yang ni persalinan yang terakhir....pakaian Jepun.....









Gambar-gambar ni masa acara memotong kek...lepas potong kek, kami bergambar diluar.....Kenangan yang paling manis aku rasakan....aku harap gambar-gambar ni akan memberikan kenangan yang bermakna dalam hidup kami......Wassalam.....

Peristiwa....

Pada 1 Jun 2011, aku pun telah berada di tempat kerja baru....sedih rasanya meninggalkan ofis lama...
Sebelum ni aku buat bahagian undang-undang tapi tempat baru ni aku kena masuk unit kewangan plak.....ish...ish...
pening juga kepala ni pasal aku tak pernah buat kewangan....
so aku belajar pelan-pelan....
Tapi alhamdulillah aku dah boleh buat....huhuhu...
Kadang-kadang aku teringat kawan-kawan kat ofis lama....huhuhu....
Tapi apakan daya aku terpaksa ikut suami. Sebelum ni tiap-tiap minggu aku terpaksa balik KL sebab mengenangkan suami yang jauh tinggal sorang2..hehehehe...skang ni dah dekat, hati pun senang tak perlu risau sangat pasal dia..Aku ni baru je kahwin tak sampai setahun lg..tapi alhamdulillah rasa bahagia sangat lepas kahwin, sebab ada orang selalu temankan kita. Skang ni aku tengah mengandung nak masuk 3 bulan. Aku dijangka bersalin pada hujung bulan 12 atau bulan 1/2012. Tapi skang ni lum leh tahu lagi sama ada baby girl atau baby boy. Aku tak kisah dapat baby apa..janji baby aku sihat walafiat. Aku dan suami berharap kali ini baby ini dapat dilahirkan. Sebelum ini tak kesampaian sebab baby tak dapat hidup lama. So terima la ujian tuhan yang telah diberikan kepada kami. Bila mengandung kali ni banyak pula ragamnya. Sampai nak pitam pun ada so rajin la aku MC kat tempat baru ni.
Setakat ni dulu cerita aku...esok sambung lagi...hehehe...